Thursday, March 15, 2012

Adnan Sempit 2 Kutip RM4.5 Juta Selepas Seminggu Tayangan

Memang hebat. Kalau dalam Adnan Sempit, jumlah kutipan terakhir ialah RM8 juta, nampaknya Adnan Sempit 2 ada harapan untuk mengatasi kutipan tersebut. 

Baru seminggu ditayangkan, jumlah kutipan tiket untuk tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei sudah pun mencecah RM4.5 juta.




Nampaknya gandingan Shaheizy Sam dan Intan Ladyana sekali lagi membuktikan yang mereka berdua ada tarikan yang tersendiri. Abang Nara bajet filem ini akan berjaya mengutip lebih daripada RM6 juta selepas hujung minggu ini. Kalau anda sudah tengok Adnan Sempit 2, tahniah Abang Nara ucapkan. Kalau belum lagi, luangkanlah hujung minggu ini untuk bergelak ketawa bersama keluarga anda di pawagam.




Tahniah dan terima kasih kepada semua yang menyertai pertandingan gaya rempit sempena filem Adnan Sempit 2. 

Di atas permintaan ramai pihak Metrowealth sekali lagi mengadakan pertandingan serupa dan 20 peserta bertuah akan dipilih untuk sama-sama menjamu selera bersama bintang-bintang filem Adnan Sempit 2. 

Maklumat lanjut sila klik tab ‘Peraduan Open Table‘ atau klik link ini http://www.facebook.com/davidteo99?sk=app_251442451607785! Semoga berjaya!



Kredit : www.beautifulnara.com



No comments: